JANUARI 2023

Premier Sarawak Sempurnakan Majlis Konvokesyen CENTEXS Ke-7


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan istiadat konvokesyen Centexs Ke-7 pagi ini tadi.

Seramai 1,239 graduan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menerima sijil kemahiran mereka dalam Majlis Konvokesyen CENTEXS Ke-7 di sini pada Rabu.

Daripada jumlah 1,239 itu, 34 adalah graduan universiti dan 937 adalah sekolah lepasan dari Akademi Industri (IA), bersama 45 graduan universiti dan 223 lepasan sekolah dari Akademi Digital.

Dalam majlis yang sama, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Solarvest Borneo dan Huawei, diikuti CENTEXS dan rakan strategiknya iaitu Universiti Curtin Malaysia, Perkeso, Asia e University (AeU) dan Kuching Chinese General Chamber Commerce & Industry.

Sumber dari : Sarawakku